fbpx

Lelaki maut lori terbabas, jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa naik mayat pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya jatuh ke dalam gaung di Kilometer 62, Jalan Gerik-Lenggong berhampiran Kampung Kuala Kenering dekat Gerik hari ini.-IHSAN JBPM
Jenn Choy

GERIK – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 62, Jalan Gerik-Lenggong berhampiran Kampung Kuala Kenering di sini hari ini.

Mangsa, Tong Jenn Choy, 40, yang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, pihaknya bergegas ke lokasi nahas selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.58 pagi.

Setiba di lokasi, didapati sebuah lori lima tan tanpa muatan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter dengan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan menggunakan peralatan khas iaitu ‘telescopic ram dan hydraulic spreader’.

“Mangsa yang parah disahkan maut oleh pasukan perubatan kira-kira empat jam sebelum  pasukan menyelamat tiba di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI