fbpx

KPDNHEP kesan enam kes penipuan timbang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penguat kuasa KPDNHEP memeriksa alat penimbang kelapa sawit dalam Ops Timbang Sawit yang dilaksankan di utara Semenanjung, minggu lepas.

PUTRAJAYA – Sebanyak enam kes penipuan timbang buah kelapa sawit dikesan di utara Semenanjung dengan nilai rampasan RM36,850 menerusi Ops Timbang Sawit yang dijalankan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), minggu lepas.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, menerusi operasi itu, sebanyak 12 kes telah diambil tindakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) atas kesalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh jabatan berkenaan.

Beliau berkata, fokus tindakan Ops Timbang Sawit adalah untuk memastikan alatan timbangan yang digunakan tepat dengan membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap perkakasan, perisian atau mana-mana komponen sistem yang digunakan peniaga di pusat pengumpulan dan pembelian buah sawit supaya berada dalam keadaan baik.

“Operasi ini secara langsung memberi kesan positif kepada penjual buah sawit khususnya pekebun kecil kelapa sawit kerana elemen penipuan atau manipulasi alat timbang sawit dapat dielakkan apabila alat timbangan yang tepat atau betul sahaja digunakan dalam urus niaga tersebut

“Pemeriksaan juga untuk memastikan alat timbang tersebut telah diuji dan ditentusahkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, peniaga di pusat pengumpulan dan pembelian buah sawit di bawah pelaksanaan Ops Timbang Sawit tertakluk di bawah peruntukan Akta Akta Timbang Sukat 1972 (ATS 1972) dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan dikehendaki mempamerkan tanda harga dengan jelas.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI