fbpx

Caj, sewa tapak Bazar Ramadan di Johor dikecualikan bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran permit, sewa tapak, lesen sementara dan yuran pendaftaran serta wang proses kepada peniaga Bazar Ramadan pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, pengecualian itu dibuat berikutan faktor Covid-19 dan usaha pemulihan sektor ekonomi tempatan.

Jelasnya, pengecualian bayaran ini hanya terpakai bagi penganjuran Bazar Ramadan bagi Tahun 2021 sahaja.

“Penganjur tidak dibenarkan mengenakan caj yang tinggi kepada peniaga dimana kadar bayaran hendaklah bersesuaian dengan kelulusan PBT dan ianya perlu dinyatakan dengan jelas.

“Bayaran yang boleh dikenakan kepada peniaga hanya bagi perkara meliputi khemah, apron, kebersihan dan pengurusan sisa pepejal, kawalan keselamatan dan utiliti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagi tahun ini, sebanyak 9,609 petak jualan disediakan di 193 lokasi tapak penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di kesemua 16 PBT seluruh Johor.

Ayub turut memberitahu, waktu operasi Bazar Ramadan yang dibenarkan adalah bermula dari pukul 3.00 petang hingga 8.00 malam, manakala Bazar Aidilfitri beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI