fbpx

Alasan hisap dadah semula tahan sakit kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainudin (dua, kiri) ketika meninjau hasil Operasi Khas Felda di Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4 dalam sidang media di Dewan Perumahan IPD Tampin, di sini, tadi.

TAMPIN – Seorang penagih memberikan alasan menghisap kembali dadah yang telah lama ditinggalkannya sebagai ubat tahan sakit kaki yang sering dialaminya pada waktu malam sebelum tidur.

Lelaki berusia 43 tahun berkenaan merupakan antara 66 individu yang ditangkap polis dalam satu Operasi Khas Felda di Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4 yang bermula pukul 12.01 tengah malam semalam dan berakhir 7 pagi tadi.

Operasi yang julung kali diadakan di felda berkenaan membabitkan 21 Pegawai Kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Narkotik (Risikan/ Operasi) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Zainudin Ahmad, 16 daripada individu yang ditangkap merupakan pesalah berulang dan hukuman lebih berat dikenakan di bawah Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Fokus di peringkat felda dalam mengenalpasti kesalahan berulang… kita ambil tindakan. Sekurang-kurangnya mereka akan diasingkan daripada masyarakat melalui hukuman penjara tahun berkenaan,” katanya sempena Sidang Media Operasi Khas Feldadi Dewan Perumahan IPD Tampin, di sini, tadi.

Zainudin berkata, dalam serbuan berkenaan, polis telah merampas dadah bernilai RM7,762.45 membabitkan dua jenis dadah iaitu heroin seberat 192.27 gram dan juga syabu seberat 10.33 gram, selain menyita wang tunai sebanyak RM1,400.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan pihaknya turun menangkap enam tokan “kecil-kecilan” dan memberi amaran akan mengesan tokan utama di sebalik bekalan dadah yang diperoleh di kawasan felda.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI