fbpx

Mohd. Nasaruddin dilantik Ketua Polis Pasir Mas yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nasaruddin (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang baharu bagi menggantikan Mohamad Roy Suhaimi (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas hari ini. /FOTO YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir secara rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan Mohd. Nasaruddin itu dilakukan bagi menggantikan Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak sebagai Ketua Polis Daerah.

Terdahulu Majlis Serah Terima Tugas antara kedua-dua pihak itu berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, IPD Pasir Mas di sini hari ini.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisoner Abdullah Mohammad Piah.

Selain itu, Majlis Serah Terima Tugas melibatkan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Pasir Mas turut dilakukan antara pengerusi, Kamaylia Omar dengan Nor Azura Shafie sambil disaksikan Pengerusi Perkep Kontinjen Negeri Kelantan, Datin Zairihan Che Haron.

Sementara itu, Mohamad Roy Suhaimi menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga IPD Pasir Mas yang banyak memberi kerjasama sepanjang beliau memimpin pasukan polis di daerah itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI