fbpx

Malaysia terima vaksin AstraZeneca Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kolaborasi Korporat PICK di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerima penghantaran pertama membabitkan 600,000 dos vaksin jenis AstraZeneca bermula Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Kolaborasi Korporat PICK, di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau mendapat maklumat terkini mengenai jadual penghantaran vaksin itu menerusi AstraZeneca Malaysia.

“Saya baharu sahaja dimaklumkan bahawa penghantaran pertama AstraZeneca akan tiba pada Jun dan penghantaran seterusnya setiap bulan,” katanya.

Berhubung isu penangguhan eksport vaksin AstraZeneca oleh India, Khairy Jamaluddin berkata, ia tidak menjejaskan penghantaran ke negara ini memandangkan Malaysia bergantung kepada pengeluar vaksin itu di Korea Selatan.

“Buat masa ini, Malaysia berhubung terus dengan pengilang vaksin AstraZeneca iaitu SK Bioscience di Korea Selatan bukannya Serum Institute of India (SII) di India,” katanya.

Sebelum ini, India menerusi SII menanggguhkan penghantaran vaksin jenis AstraZeneca ke negara luar kerana memberi keutamaan kepada keperluan vaksin di negara mereka sendiri susulan peningkatan kes positif Covid-19.

Tindakan India itu mempengaruhi bekalan bagi 64 negara berpendapatan rendah termasuk Indonesia di bawah program COVAX Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dijadual menerima dos daripada SII.

SII mengilangkan vaksin bagi 64 negara berpendapatan rendah melalui COVAX dan untuk kempen vaksinasi domestik India.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, beliau percaya lebih ramai masyarakat akan mendaftar menerusi PICK sebaik fasa kedua program vaksinasi kebangsaan itu bermula 19 April ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI