fbpx

Jalinan kerjasama Widad, BZI bangunkan projek Widad@Langkasuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Widad Business Group Sdn. Bhd. (Widad) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Bin Zayed International LLC (BZI) bagi membangunkan projek hartanah bernilai RM40 bilion yang dikenali sebagai Widad@Langkasuka di Langkawi.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Widad, Tan Sri Muhammad Ikmal berkata, projek tersebut dijangka mengubah lanskap negeri Kedah dan bakal menjadi mercu tanda baharu buat Pulau Langkawi.

Menurut beliau, untuk me­realisasikan projek mega tersebut, syarikat perlu bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Bin Zayed Group yang memiliki kepakaran teknikal yang diperlukan serta berkongsi matlamat yang sama.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat bergabung kekuatan bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan.”

“Perkongsian strategik WBG-BZI menunjukkan tahap keyakinan tinggi di dalam projek berimpak tinggi ini yang mana ia akan meletakkan Langkawi di dalam peta dunia selain menjadi pusat tarikan serantau dan tarikan dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pemeteraian kerjasama antara dua syarikat berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Noor.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Widad, Datuk Dr. Mohd. Rizal Md. Jaafar dan Pengarah Urusan Kumpulan BZI, Sheikh Midhat Kidwai.

BZI adalah sebahagian daripada Bin Zayed Group of Companies, yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Kumpulan merupakan ­konglo­merat khusus terbabit di dalam pembinaan dan tenaga, perniagaan dan industri, hartanah, teknologi serta perkhidmatan kewangan.

Projek Widad@Langkasuka akan melibatkan kawasan seluas hampir 800 hektar yang mana 90 peratus daripadanya adalah kawasan laut.

Widad berhasrat untuk membangunkan sebuah pulau buatan manusia yang akhirnya akan menjangkau kira-kira 400 hektar atau 50 peratus daripada keseluruhan kawasan tersebut.

Setelah siap, Widad@Langkasuka akan mengandungi komponen-komponen pelancongan seperti hotel dan resort bertaraf lima dan enam bintang, padang golf antarabangsa, kompleks pejabat, pusat beli belah, pusat institusi pengajian tinggi dan kediaman mewah.

Widad juga merancang untuk menganjurkan acara sukan tahunan, festival, beberapa acara kebudayaan dan kesenian bagi mempromosikan pelancongan Langkawi di peringkat global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI