fbpx

Hamil? Ini jawapan Kak Lina Pom Pom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN kini dikatakan sedang hamil anak kedua.

PETALING JAYA : “Saya tahu ramai sayang dan selalu mendoakan yang terbaik buat saya dan keluarga. Bila ‘confirm’ (sah)  dan sudah sampai masa, saya akan kongsikan berita gembira itu dalam Instagram.”

Itu respons penyanyi dan pelakon popular, Elly Mazlein berhubung desas-desus mendakwa dirinya kini hamil. Dia turut memohon doa semua pihak saat diajukan persoalan mengenai ‘baby bump’ yang jelas kelihatan dan menjadi perbualan sejak akhir-akhir ini.

“Saya cuba untuk berlaku adil kepada semua pihak media dan peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya saya,” kata Elly Mazlein kepada K! Online.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata, dia pasti akan berkongsi berita kehamilannya itu kepada umum apabila tiba masanya nanti.

Pelakon yang mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom itu mengulas mengenai berita kehamilannya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Ramadan Astro Buka Lembaran Baharu 2021 di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

Sebelum ini, tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video menerusi akaun TikTok Suria FM yang menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump.

“Perjalanan kerjaya masih seperti biasa, Alhamdulillah rezeki juga berpihak kepada saya pada tahun ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan jadual kerja juga padat sehingga beberapa bulan hadapan.

“Jika sudah pasti nanti, pasti saya tidak dapat merahsiakan berita kehamilan kepada semua. Tambahan pula saya suka makan, jadi itulah ramai yang nampak bahagian perut tu,” kata Elly.

Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI