fbpx

8 buah kereta pecah cermin angkara khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan keadaan kereta yang pecah pada bahagian cermin akibat perbuatan khianat di Driving Range, Kota Damansara di sini semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak lapan buah kereta pelbagai jenis pecah pada bahagian cermin akibat perbuatan khianat di Driving Range, Kota Damansara di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kesemua pemilik kenderaan telah membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam.

“Setakat ini, tiada kehilangan barangan peribadi dilaporkan dan kawasan tersebut juga tidak dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV) atau dikawal oleh pengawal keselamatan.

“Tiada butiran suspek diperolehi kerana tiada saksi bebas yang melihat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman Facebook menerusi satu video berdurasi 1.07 saat yang menyaksikan beberapa kenderaan pecah pada bahagian cermin akibat perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI