fbpx

MR D.I.Y. lancar cawangan ke-700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah, MR D.I.Y. me­lancarkan cawangan ke-700, yang turut menampilkan cawa­ngan MR. TOY dalam premis sama di Nu Sentral, Kuala
Lumpur.

MR. TOY adalah jenama bisnes kedua daripada tiga jenama dalam MR D.I.Y.

Jenama ketiga pula adalah rangkaian cawangan ber­konsepkan dollar-store­ iaitu MR DOLLAR.

Terletak di te­ngah-tengah hab pengangkutan Kuala Lumpur, konsep ‘kedai-dalam-kedai’ itu menjanjikan pe­ngalaman membeli-belah baharu buat pelanggan.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, konsep itu menjanjikan pengalaman membeli belah unik.

“Kumpulan telah melancarkan MR. TOY pada 2019 bagi meme­nuhi permintaan untuk bara­ngan permainan mampu milik. Trend pasaran menunjukkan ibu bapa yang lebih mementingkan nilai dalam pembelian mereka membeli lebih banyak permainan, namun pada harga lebih rendah.

“Minat pelanggan yang sema­kin bertambah kini dipengaruhi oleh kekurangan minat syarikat berjenama besar yang menjual permainan di pinggir bandar telah memberi peluang pertumbuhan yang kukuh bagi MR. TOY.

“Kami yakin rakyat Malaysia akan menyukai konsep kedai-dalam-kedai ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Sempena sambutan cawangan dan pengenalan konsep cawa­ngan baharu itu, MR D.I.Y. melancarkan promosi di seluruh negara bagi jenama tersebut dan produk terlaris terpilih dengan penawaran diskaun sehingga 50 peratus sehingga 4 April ini.

Ia termasuk, potongan harga bagi produk kategori isi rumah, perkakasan, elektrik, alat tulis, sukan, mainan dan aksesori kereta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI