fbpx
Kerja-kerja memadam api agak sukar dilakukan kerana salah satu tangki yang terbakar berisi minyak yang penuh. – AFP

Kebakaran kilang minyak Pertamina Balongan masih belum dipadam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Api marak yang membakar tangki di kilang minyak PT Pertamina, RU VI Balongan di Jawa Barat masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya, lapor program berita Liputan 6 hari ini.

Pengurus Unit Hubungan Komunikasi & CSR Indramayu, Cecep Supriyatna berkata, setakat pagi ini, api masih menyala, namun ia sudah dapat dikawal agar tidak merebak ke tangki yang lain.

“Api belum padam.

“Punca kebakaran juga masih belum diketahui, namun daripada laporan setakat ini, kami percaya ia disebabkan oleh petir,” ujarnya.

Sementara itu, Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Indramayu menjangkakan kebakaran tersebut akan dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa tiga hari.

“Ia mungkin mengambil masa selama tiga hari untuk kebakaran benar-benar dapat dipadamkan,” kata Pemangku Setiausaha BPBD Kabupaten Indramayu, Caya kepada CNN Indonesia semalam.

Tambahnya, kerja-kerja memadam api agak sukar dilakukan kerana salah satu tangki yang terbakar berisi minyak yang penuh.

“Daripada tiga tangki yang terbakar, satu merupakan tangki yang penuh dengan minyak, sementara dua lagi adalah tangki kosong.

“Selain itu, kaedah memadam juga berbeza dengan kebiasaan kerana ia memerlukan tiga alat pemadam api serta perlu menggunakan bahan kimia selain air,” jelasnya.

Susulan kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam itu, ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat akibat api marak dan bau menyengat.

Ia turut menyebabkan 29 orang cedera ringan selain enam orang cedera parah. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN