fbpx

BeeTeen sasar jualan cecah 20,000 kotak akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Capaz Holdings Sdn. Bhd. pengeluar produk penjagaan kesihatan mengunjurkan jualan bagi produk keluaran terbaharunya, BeeTeen bakal mencecah sehingga 20,000 kotak menjelang akhir tahun ini.

Pengasas syarikat, Hasmidar Jaafar berkata, buat masa ini, jualan bagi produk makanan tambahan yang memiliki ciri-ciri pe­ngawalan pemakanan, membuang toksin dan pelangsingan itu berjaya dijual lebih daripada 6,000 kotak sejak awal Januari lalu.

Menurut beliau, Bee Teen yang menjalani proses kajian dan pembangunan hampir setahun itu merupakan hasil idea dan pengalaman yang dilaluinya sebelum ini yang telah mencuba pelbagai produk pelangsingan di pasaran.

“Pengalaman mengambil produk pelangsingan sehingga menjejaskan tahap kesihatan memberi inisiatif untuk saya menghasilkan produk berkualiti dengan menggunakan sumber bahan mentah semula jadi.

“Ia juga perlu diproses di kilang yang memiliki garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti pensijilan halal dan bertaraf amalan pengilangan baik (GMP).

“Formulasinya berjaya dan testimoni terbaik ialah ahli keluarga rapat, khususnya ibu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram.

‘Ini bukan soal mahu kurus tetapi ibu saya mahu menjaga tahap kesihatan yang baik dalam menjalani aktiviti seharian,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan produknya di sini baru-baru ini.

Hasmidar menerangkan, BeeTeen bersesuaian diamalkan oleh kaum lelaki dan perem­puan serta bakal memberi kesan positif kepada tahap kesihatan pelanggan secara semula jadi.

Produk berkenaan bakal membantu mengawal selera makan, membuang cecair berlebihan di dalam badan, menyingkirkan edema dan juga memulihkan metabolisme seperti biasa.

Tambah beliau, produk tersebut dihasilkan daripada campuran buah beri, antaranya ialah beri hitam, raspberi, elderberry, strawberi, kranberi selain asid sitrik dan ekstrak senna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI