fbpx
Tangkap layar titah Al-Sultan Abdullah yang disiarkan secara langsung hari ini.

Agong seru rakyat tunai tanggungjawab perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat agar berganding bahu menunaikan tanggungjawab untuk melindungi diri dan masyarakat menerusi Program Vaksinasi Kebangsaan.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda menaruh sepenuh keyakinan terhadap program Pemerkasaan Komuniti dan Program Vaksinasi Kebangsaan yang dilihat akan membolehkan semua pihak bangkit semula bagi membina masa hadapan lebih gemilang.

“Marilah kita bersama-sama meneruskan agenda memerangi pandemik Covid-19 dan menunaikan kewajipan untuk melindungi negara, tanah tumpahnya darah kita,” titah baginda yang disiarkan secara langsung hari ini.

Pada masa sama, baginda menyambut baik usaha kerajaan dalam merangka program Pemerkasaan Komuniti.

Titah Al-Sultan Abdullah, menerusi program tersebut, seluruh lapisan rakyat dan pemimpin komuniti boleh melibatkan diri dalam mengurang dan mencegah kes jangkitan Covid-19.

“Di samping itu, inisiatif yang dikenali sebagai Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) bakal menyaksikan penglibatan pelbagai entiti untuk bergabung tenaga memperkasakan komuniti.

“Pada kesempatan ini, beta turut menzahirkan kesyukuran tidak terhingga di atas usaha gigih kerajaan membawa vaksin yang bakal melindungi kita daripada bahaya Covid-19,” titah baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI