fbpx

Todak tekad bangkit lakar kemenangan pada MPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Todak sedia bangkit pada saingan minggu ketiga MPL Malaysia menentang pasukan HomeBois hari ini.

Oleh Siti Nurhezzaty Mohamad Hamdan

PENGURUS Todak MLBB, Mohd. Syazlan Rosdi mengakui, pasukannya sudah belajar daripada kesilapan minggu lalu menjelang saingan minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia menentang pasukan HomeBois hari ini.

Minggu lalu, Todak berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Orange Esports, namun gagal meneruskan rentak cemerlang itu apabila tewas 1-2 kepada Team SMG sekali gus terpaksa akur menduduki tangga ketiga Kumpulan A ketika ini.

Justeru, Mohd. Syazlan menjelaskan, barisan pemainnya tidak gentar untuk menghadapi tentangan daripada HomeBois dalam misi mengelak daripada mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

“Kami akan melihat semula corak dan strategi-strategi permainan yang diterapkan oleh pasukan HomeBois. Kami juga akan mengkaji corak permainan kami ketika kalah kepada Team SMG minggu lalu.

“Kekalahan itu berlaku kerana kami menggunakan senarai pemain berbeza tetapi bangkit selepas menurunkan semula pemain-pemain utama. Harapan kami memenangi kejuaaran ini berturut-turut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Mohd. Syazlan menegaskan, anak-anak didiknya berdepan kesukaran untuk mengenal pasti kekuatan ahli-ahli pasukan lawan dari segi pemilihan karakter hero yang mampu memberi impak sewaktu perlawanan.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa Todak berdepan sedikit masalah iaitu kekurangan waktu latihan, namun menganggap ia bukan penghalang utama untuk memberikan tentangan kerana mempercayai kekuatan dan kemahiran setiap pemain pasukan itu.

Dua lagi perlawanan lain yang akan berlangsung hari ini adalah pertembungan antara Team SMG menentang Orange Esports dan RED bertemu Resurgence Malaysia (RSG MY).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI