fbpx
TANGKAP layar halaman Sugarbook- Gambar hiasan

Pengasas Sugarbook dikenakan waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pengasas aplikasi Sugarbook dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula kes di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam.

Majistret Sabreena [email protected] memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memohon satu waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh, Chan Eu Boon, 34 dan menetapkan 15 Mei depan bagi sebutan waran tangkap itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asnaf Anuar Sharuddin ketika ditemui berkata, pihak pembelaan sepatutnya hadir ke mahkamah untuk pengurusan dokumen.

“Namun, tertuduh (Eu Boon), peguam dan penjaminnya gagal berbuat demikian hari ini.

“Oleh demikian, saya memohon waran tangkapan dikeluarkan bagi tindakan lanjut,” katanya.

Mengikut pertuduhan Eu Boon didakwa telah menggunakan satu laman web menyiarkan sebuah hantaran (posting) yang bertajuk “Top 10 Sugar Baby In Malaysia” dengan niat hendak menyebabkan suatu ketakutan atau kegentaran kepada orang awam bahawa mana-mana orang akan terdorong untuk melakukan satu kesalahan bertentangan dengan ketenteraman awam.

Hantaran tersebut kemudian telah dilihat pada pukul 6.26 petang pada 10 Februari lalu di sebuah universiti di sini yang mana kesalahan itu dilakukan pukul 10 pagi pada tarikh yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh yang juga merupakan usahawan teknologi maklumat boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan. – K! ONLINE.

POPULAR