fbpx

MES 2021 buka gelanggang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (dua dari kiri) merasmikan majlis pelancaran MES 2021 yang dijadualkan bermula hari ini hingga 11 April depan.

PENGANJURAN sulung Malaysia eSports Series (MES) yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga 11 April depan diharap dapat menjadi medan pendedahan buat atlet-atlet amatur e-Sukan negara untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Sebagai rekod, MES bakal mempertandingkan tiga permainan video paling popular di Malaysia, iaitu Mobile Legends, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) serta FIFA dan akan dimainkan secara online sepenuhnya.

Dengan hampir 2,000 penyertaan daripada seluruh negara, sudah tentu MES menjadi medan terbaik buat semua pemain e-Sukan untuk menyerlahkan bakat dan kemampuan masing-masing.

AMTUAH

Pengarah teknikal MES, Nur Amirul Afandi berkata, kejohanan itu sememangnya diharapkan menjadi batu loncatan buat mana-mana pemain solo atau berpasukan amatur mempamerkan keupayaan yang sebelum ini terpendam.

“Salah satu matlamat penganjuran MES adalah untuk mencungkil bakat-bakat pemain amatur e-Sukan yang mungkin tidak mendapat pendedahan yang cukup khususnya di peringkat kompetitif nasional.

“Justeru, dengan penyertaan mereka pada kejohanan MES edisi pertama ini, saya harap peluang untuk bersaing dengan beberapa pasukan elit dan profesional digunakan sebaik mungkin.

“Menang atau kalah saya pasti ia adalah perkara nombor dua tetapi apa yang utama mereka mendapat pengalaman yang berharga selain memupuk sikap tidak berputus asa sebelum berjuang,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, Amirul yang lebih dikenali dengan nama Amtuah mengakui ada banyak aktiviti sampingan yang turut disediakan oleh pihak penganjur untuk kejohanan MES kali ini.

  XORN
MASTERRAMEN

Kata Amtuah, ada influencer yang turut dipanggil memeriahkan sesi streaming secara langsung yang akan disempurnakan oleh Mohamad Zul Hisham (Xorn), Firdaus Hashim (MasterRamen), dan dirinya sendiri.

“Selain pertandingan, ada lagi beberapa aktiviti menarik yang cuba kami tampilkan sepanjang kejohanan MES dilangsungkan dan antaranya adalah sesi bersama influencer.

“Pada sesi itu, para pemain boleh mendapatkan nasihat daripada pakar industri e-Sukan negara seperti Xorn, MasterRamen dan saya sendiri untuk berbicara mengenai bagaimana untuk menjadi pemain e-Sukan berkaliber.

“Selain itu, kami juga mendapat sokongan daripada tiga kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

“Justeru, ada beberapa mesej yang akan disampaikan sesuai dengan saranan KPT seperti kepentingan melanjutkan pelajaran bagi golongan muda manakala KKM pula akan menasihatkan daripada aspek kesihatan,” katanya.

Saingan MES kali akan menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM100,000 dengan RM20,000 bagi kategori FIFA, RM40,000 bagi Mobile Legends dan RM40,000 bagi permainan PUBG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI