fbpx

Madonna dikecam sunting wajah pada badan wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej sebenar Goldie (kanan) yang kemudiannya disunting Madonna. -Instagram

LOS ANGELES, California- Seorang wanita memberitahu portal gosip terkenal Hollywood, Buzzfeed bahawa penyanyi Madonna telah menyunting foto wajahnya pada badan perempuan itu, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Amelia M. Goldie memberitahu Madonna telah menggunakan foto badannya yang mengenakan sehelai t-shirt berwarna biru, skirt pendek bercorak dan sepasang but hitam dan menyuntingnya dengan melatakkan wajah penyanyi itu untuk mempromosikan album Rebel Heart pada 2015.

Madonna memuat naik foto yang sudah disunting itu bersama kapsyen bertulis ‘Saya nampak hebat’ berserta tanda pagar #rebelheart.

Goldie kemudian menghubungi pihak Madonna menerusi Instagram sebanyak dua kali namun tiada respons.

Goldie pada mulanya menganggap foto itu satu gurauan namun kemudian menyedari ia bukan main-main kerana dimuat naik di akaun rasmi penyanyi pop itu.

“Saya hanya ketawa sahaja dan teruja namun sudah tentu saya berharap agar dikredit.

“Saya fikir jika anda ingin menggunakan badan orang lain sebagai badan sendiri, mereka wajar diberi kredit, namun tidak mengapa,” katanya.

Foto tersebut mengundang kritikan netizen dan rata-ratanya pelik bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Mengapa tiada sesiapa pun perasan foto ini ‘palsu’ ketika ia mula-mula dimuat naik?” demikian komen seorang netizen.

“Bagaimana foto ini masih ada di sini? Kamu telah mencuri gambar orang lain,” komen seorang lagi netizen pada foto itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN