fbpx

Johor Jewels simpan tenaga Azilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI bertenaga pasukan Johor Jewels ketika bertemu pasukan Negeri Sembilan Venom pada saingan Kumpulan B NSL di Stadium Juara, Bukit Kiara minggu lepas.

JURULATIH Johor Jewels, Fazira Mesnan mendedahkan, pasukannya tidak akan diperkuatkan dengan khidmat goal defend, Noor Azilah Aziz pada saingan minggu kedua Netball Super League (NSL) 2021.

Fazira, 30, enggan mengambil risiko terhadap tahap kecede­raan lutut dialami bintang skuad kebangsaan itu bagi menghadapi dua aksi bertemu Pahang Tulips hari ini dan Ahad dalam saingan Kumpulan B di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Pengendali yang pernah beraksi pada Kejohanan Dunia New Zealand 2007 itu mahu Azilah pulih sepenuhnya untuk tempoh seminggu ini sebelum bertemu musuh tradisi, Selangor Angels dalam aksi terakhir Kumpulan B pada 4 April depan.

“Azilah masih dalam fasa fisio­terapi kerana kecederaan dialami sewaktu perlawanan pertama menentang Selangor (19 Mac lalu). Jadi, kami tidak akan turunkannya untuk minggu kedua ini.

“Saya tidak mahu ambil risiko dan mahu dia ambil masa seminggu ini untuk betul-betul pulih. Boleh simpan tenaga untuk berjumpa Selangor ming­gu depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Fazira menggesa anak-anak buahnya agar tetap memberikan persembahan terbaik dan berkualiti dalam dua aksi bertemu Pahang meskipun atas kertas mereka dilihat tiada masalah untuk mengutip kemenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI