fbpx

Ebit Lew bina rumah untuk etnik Zulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Ebit (duduk) berbual dengan kanak-kanak ketika melawat satu perkampungan di Afrika Selatan.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membina rumah untuk seramai 16 keluarga etnik Zulu di Afrika Selatan.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan itu kerana sebak melihat ujian yang menimpa 16 keluarga terbabit.

“Saya bina 16 buah rumah untuk 16 keluarga orang Zulu. Seramai 16 keluarga ini, pondok atau rumah kecil mereka terbakar.

“Mereka tidur atas tanah. Hidup sebahagian mereka di sini (Afrika Selatan) terlalu susah. Sedih rasa,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau berada di Afrika Selatan sejak beberapa hari lalu untuk menjalankan misi kemanusiaan di negara tersebut.

Ebit Lew berkata, beliau telah membeli semua keperluan binaan 16 buah rumah berkenaan termasuk pintu, tingkap, zink dan sebagainya.

Kata beliau, etnik Zulu terbabit terkejut dan sangat gembira semasa beliau menyatakan akan membina rumah untuk mereka.

“Mereka ramai-ramai tepuk tangan dan tidak berhenti cakap” god bless you brother”. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI