fbpx

BB&T meterai MoU dengan PICOMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bay­bees&Todds (BB&T) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS (PICOMS) untuk membangunkan pelbagai pengisian dan kandungan dalam program latihan pendidikan awal kanak-kanak (ECE).

Ketua Pegawai Eksekutif BB&T, Zaim Izkandar Zaini berkata, melalui usaha sama tersebut, BB&T akan menyumbang kepakaran dan pengalamannya dalam komunikasi dan pembangunan kandungan bagi menyokong PICOMS untuk Program Diploma ECE.

Menurut beliau, kerjasama ini akan membolehkan syarikat berkongsi kepakaran dalam bidang komunikasi, pemasaran dan pembangunan kandungan dengan pensyarah PICOMS.

Tambahnya, ia juga akan dapat menjalin usaha sama dalam kajian dan pembangunan yang berkaitan dalam bidang ber­kenaan.

“ECE dilihat sebagai aspek perkembangan kanak-kanak yang sangat penting dan melalui kerjasama ini, ia akan membuka jalan ke arah mewujudkan keusahawanan berdasarkan ECE serta mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam kenyataan bersempena peme­teraian MoU antara dua syarikat tersebut semalam.

Turut hadir Naib Canselor PICOMS, Profesor Dr. Wan Mohd. Azizi Wan Sulaiman.

Selain itu, Wan Mohd. Azizi menjelaskan, PICOMS akan menyediakan kemudahan latihan, penyelidikan dan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI