fbpx

Tiada kelonggaran buat penjaja jalanan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien Mamat (dua dari kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada seorang pegawai pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021 Peringkat Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini. - FOTO : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Polis tidak bercadang untuk mempertimbangkan rayuan para penjaja jalanan supaya diberi kelonggaran berniaga di persimpangan lampu isyarat di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ini kerana, aktiviti tersebut berisiko dan membahayakan pengguna jalan berdasarkan siasatan dan aduan orang ramai.

Katanya, polis menerima rungutan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal yang mengakui nyaris terlanggar penjaja jalanan itu.

Ujarnya, ada dalam kalangan penunggang motosikal mendakwa terlibat dalam kemalangan kecil ekoran tidak nampak kehadiran penjaja terbabit di celah-celah kenderaan.

“Kita sudah memberi tempoh sebulan untuk penjaja terbabit menjalankan perniagaan dengan kaedah lain dan bukan lagi dengan cara menjaja di kawasan lampu isyarat.

“Aktiviti ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya malah kepada penjaja itu sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 Tahun 2021, Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Dalam majlis sama, Shafien turut menyampaikan surat penghargaan kepada 23 petugas media daripada pelbagai agensi di Kelantan.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, penjaja terbabit boleh berniaga seperti biasa tetapi bukan di persimpangan lampu isyarat kerana mereka bakal berdepan tindakan saman.

Katanya, bagaimanapun, beliau telah mengarahkan anggota bahagian trafik supaya tidak terus menyaman, sebaliknya memberi nasihat dan amaran terlebih dahulu kepada penjaja terbabit.

“Dalam masa sama, saya berharap orang ramai supaya sama-sama mendidik para penjaja ini. Jika mahu ambil tindakan saman, hari-hari boleh ambil tetapi kita juga mahu mendidik mereka.

“Saya faham dengan pelbagai kekangan hari ini, memang orang ramai masing-masing hendak mencari duit. Tetapi jangan sampai membahayakan pengguna jalan raya, ” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI