fbpx

Mayat reput ditemukan berhampiran landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki reput ditemukan berhampiran landasan kereta api di Batu 186.50 antara Lahat-Ipoh di Ipoh semalam.-Foto media sosial.

IPOH – Mayat lelaki yang telah reput ditemukan di kawasan semak berdekatan landasan kereta api di Batu 186.50 antara Lahat-Ipoh di sini, semalam.

Mayat lelaki berusia 62 tahun itu ditemukan pengawal keselamatan di taman perumahan berhampiran pada pukul 12.32 tengah hari sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, sepasukan anggota ke lokasi dan menemui mayat dalam keadaan terbaring yang masih lengkap berpakaian.

Katanya, pemeriksaan anggota forensik ke atas mayat itu mendapati terdapat kesan luka di belakang kepala sebelah kanan dan belakang badan sebelah kiri dipercayai akibat terjatuh

“Berdasarkan keadaan mayat mangsa, kita percaya lelaki itu telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

“Tiada senjata ditemui di sekitar tempat kejadian melainkan barang peribadi yang dijumpai bersama mangsa,” katanya di sini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan lengkap bedah siasat yang dijalankan hari ini.

“Semakan rekod lelaki yang beralamat di Petaling Jaya itu mendapati mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes dadah,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI