fbpx
USTAZ Don (kanan) mendoakan hubungan Neelofa dan Haris diberikan keberkatan.

Doa Ustaz Don buat bakal pengantin Neelofa, Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seperti memberi bayangan Neelofa bakal menamatkan zaman bujang pada hujung minggu ini, pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal mendoakan selebriti terkenal itu menjadi isteri solehah kepada Haris Ismail.

Ucapan positif tersebut ditulisnya dalam satu entri terbaharunya usai menjalani pengambaran sebuah program terbaharu NtoN bersama Neelofa dan Nabil hari ini.

Dalam tulisannya, Ustaz Don mendoakan Neelofa dan Haris disatukan dalam satu majlis yang penuh keberkatan.

USTAZ Don menulis ucapan tersebut dalam satu entri Instagramnya hari ini.

“Untuk Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik.

“Diberi pilihan itu pilihan yang baik. Semoga Neelofa menjadi isteri solehah dan kepada Haris jaga perhiasan dunia yang baik Allah SWT beri ini,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Don turut memuat naik dua keping gambar dia bersama Neelofa dan Nabil Ahmad.

Sehingga hari ini, Neelofa, 32, menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia kerana ramai yang ternanti-nanti pengumuman tentang tarikh pernikahannya.

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan jari pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu berinai merah seperti yang terlihat dalam InstaStorynya. – K! ONLINE

POPULAR