fbpx
Gambar hiasan

[VIDEO] Amaran cuaca buruk di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga di Pahang.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebooknya, MetMalaysia memaklumkan, daerah yang terlibat adalah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Jelas agensi itu, negeri yang menerima amaran waspada peringkat kuning pula melibatkan Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

“Di Terengganu, ia membabitkan daerah Kemaman dan negeri Johor pula, melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.

“Bagi negeri Sabah, ia membabitkan Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI