fbpx

10,000 majikan perlu pembantu rumah asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Agensi-agensi pekerjaan swasta merayu kepada kerajaan agar membenarkan kira-kira 10,000 pembantu rumah asing yang telah memohon untuk berkhidmat di Malaysia dibenarkan masuk ke dalam negara.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (Pusma), Zarina Ismail berkata, kemasukan pembantu rumah berbeza daripada pekerja asing yang datang dalam jumlah banyak dan ia masih boleh dikawal.

“Seharusnya kita cari jalan keluar di atas permasalahan ini dengan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terutamanya majikan yang sangat memerlukan pekerja asing.

“Jika kita lihat, lebih daripada 10,000 majikan yang sedang menderita menunggu untuk mendapatkan pembantu rumah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI