fbpx

Tiada permit umrah buat jemaah berusia 70 tahun ke atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengambilan vaksin Covid-19 bukan prasyarat untuk mendapatkan permit umrah. -Okaz/Saudi Gazette

RIYADH-Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan tiada permit umrah akan dikeluarkan kepada jemaah tempatan berusia 70 tahun dan ke atas tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Kementerian itu berkata, warganegara dan pemastautin tetap di negara itu yang berusia antara 18 hingga 70 tahun boleh memohon permit umrah seperti yang disarankan oleh kementerian kesihatan.

“Jemaah juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak sebagai peneman namun pemilik permit boleh membawa ibu mereka sebagai peneman,” demikian menurut kenyataan daripada kementerian berkenaan.

Tambah kenyataan itu lagi, pengambilan vaksin koronavirus bukanlah prasyarat mendapatkan permit umrah bagi warga tempatan.

Apa yang diperlukan untuk mendapatkan permit umrah adalah permohonan melalui aplikasi Eatmarna selain membuktikan status kesihatan bahawa pemohon tiada jangkitan wabak itu melalui platform Tawakkalna.

Kementerian Kesihatan sebelum ini telah menasihatkan mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji dan umrah untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, jurucakap kementerian, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali baru-baru ini berkata syarat mengambil vaksin untuk menunaikan umrah masih dalam perbincangan.

Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan jemaah yang ingin menunaikan haji pada tahun ini wajib mengambil suntikan vaksin Covid-19 sebagai syarat utama. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN