fbpx
NAMA empat menteri baharu telah disahkan dalam Warta Diraja. - BANGKOK POST

Raja Thailand perkenan lantikan empat menteri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn telah memperkenankan perlantikan empat menteri Kabinet baharu dan mengesahkannya dalam Warta Diraja semalam, lapor akhbar Bangkok Post hari ini.

Mereka yang dilantik ialah Timbalan Menteri Perdagangan, Weerasak Wangsuphakijkosol; Timbalan Menteri Pengangkutan, Chaiwut Thanakhamanusorn; Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat, Sinit Lertkrai serta Menteri Pendidikan, Trinuch Thienthong.

Warta Diraja turut mengumumkan pembuangan nama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Thaworn Senneam; bekas Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat, Buddhipongse Punnakanta dan bekas Menteri Pendidikan, Nataphol Teepsuwan.

Tiga individu tersebut dipecat daripada jawatan setelah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Jenayah ketika tunjuk perasaan antikerajaan pada 2013 hingga 2014 yang diketuai Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) dan tidak lagi berfungsi pada masa ini.

Pengumuman menteri kabinet baharu itu mengakhiri spekulasi berminggu-minggu berhubung calon yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan tiga bekas anggota teras PDRC tersebut. – Agensi