fbpx

Neelofa mohon doa dipermudahkan urusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOA yang dimuat naik oleh Neelofa dalam Instagramnya malam tadi.

Foto kolaj fitting baju pengantin tarik perhatian ramai

PETALING JAYA – Selebriti dan usahawan terkenal sekali lagi menarik perhatian ramai selepas memuat naik tiga bacaan doa memohon agar Tuhan mempermudahkan urusan hidupnya.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya malam, Neelofa seperti memberi bayangan akan melalui satu langkah besar dalam hidupnya.

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

“Wahai Rabb yang Maha Hidup, wahai Rabb yang Maha Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu.

Paling menarik perhatian, dia turut menulis agar pengikut Instagramnya membacakan doa tersebut untuk dirinya.

“Dengan rahmat-Mu, aku meminta pertolongan mu ya Allah SWT. Doakan saya dalam doa-doa,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada doa tersebut mempunyai kaitan dengan majlis perkahwinannya yang didakwa bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.

Foto kolaj di belakang doa tersebut seperti mengesahkan hari bahagianya bakal menjengah tidak lama lagi.

Sehingga kini, Neelofa mahupun tunangnya, Haris Ismail serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak masih mengunci mulut tentang perkara tersebut.

Sejak awal minggu ini, nama pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu menjadi topik bualan hangat netizen selepas ramai yang mendakwa dia bakal menamatkan zaman bujang dalam sehari dua ini.

Antara tarikh yang disebut ialah 25 hingga 27 Mac ini iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Lebih menguatkan khabar angin apabila foto Haris sedang membelek samping songket di sebuah butik turut tersebar luas dalam media sosial.

Untuk rekod, bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu bertunang dengan Haris yang merupakan bekas peserta program Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bagaimanapun, pada akhir tahun lalu, hubungan pasangan tersebut dikatakan bermasalah selepas ahli keluarga Neelofa memuat naik pelbagai hantaran berbaur perli dipercayai ditujukan kepada Haris.

Hujung Januari lalu, Neelofa dalam satu sidang media maya tampil menjelaskan, hubungannya dengan Haris baik-baik sahaja.

Pada masa sama, dia turut mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI