fbpx

Guru hadir kenduri punca penularan Covid-19 di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes itu berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid sehingga mengakibatkan sebuah sekolah di Ketereh, Kelantan terpaksa ditutup.

KOTA BHARU – Seorang guru dipercayai menjadi punca kepada penularan wabak Covid-19 sehingga sebuah sekolah di Ketereh di sini ditutup mulai hari ini.

Sekolah itu ditutup selepas 11 orang guru dan seorang murid disahkan positif Covid-19 manakala 24 orang guru lagi kini sedang menjalani tempoh kuarantin.

Kes itu berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid.

Menurut sumber, kes jangkitan Covid-19 itu mula dikesan semalam selepas guru berkenaan menjalani ujian swab.

Katanya, penutupan sekolah juga dijalankan selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pusat Kesihatan Daerah.

“Bagaimanapun, sesi proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dijalankan bermula hari ini dan esok berjalan seperti biasa sebelum cuti pertengahan penggal bermula Jumaat ini sehingga 3 April depan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin, ketika dihubungi pemberita mengesahkan kes tersebut.

Katanya, kes berkenaan berkemungkinan berpunca daripada aktiviti majlis perkahwinan yang dihadiri guru tersebut.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI