fbpx

Penang E-Mall @ Shopee catat jualan RM583 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Platform e-dagang, Penang E-Mall @­ Shopee telah berjaya mencatat perolehan jualan yang mengga­lakkan sehingga RM583 juta dalam tempoh lapan bulan selepas dilancarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Di­gital Penang, Tony Yeoh berkata, Penang E-Mall yang dilancarkan sejak Jun tahun lalu yang bertujuan untuk menambah pendapatan peniaga ekoran pandemik Covid-19 telah membantu lebih daripada 15,000 peniaga di ne­geri ini.

“Daripada jumlah tersebut, lebih daripada 10,000 usahawan terdiri daripada peniaga e-dagang baharu dan lebih dari 700 peniaga menjual produk-produk halal.

“Program ini ternyata membantu peniaga meneroka pasaran digital melalui pendekatan baharu dan memasarkan produk mereka dengan lebih meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Penang SME Go Digital di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Sementa), Kam Lian Hooi.

Selain itu, Yeoh menjelaskan, sebuah lagi program yang diba­ngunkan iaitu Kempen Digital Go Penang telah dirancang untuk membantu peniaga-peniaga daripada segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk mereka secara digital.

“Kempen ini dijangka bermula akhir bulan ini. Kami mengunjurkan lebih daripada 1,000 peniaga me­nyertai kempen tersebut dan PKS yang menyertai kempen itu akan diberikan geran seba­nyak RM1,000 untuk membantu mereka memulakan perniagaan masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan ne­geri juga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk menyokong PKS melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1.

“Pulau Pinang harus kekal sebagai pusat ekonomi Malaysia dan menjadi contoh kepada ne­geri lain mengenai kejayaan yang dicapai selama ini.

“Pandemik telah menjadikan proses perniagaan semakin mencabar, tetapi tidak mustahil untuk peniaga beroleh kejayaan melalui platform digital,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI