fbpx

Cubaan seludup dadah RM5.2 bilion gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 94.8 juta biji pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis AMP yang disorokkan dalam roda castor.

SEREMBAN – Sebanyak 94.8 juta biji pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis amphetamine (AMP) yang disorokkan dalam roda castor berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 15 Mac lalu di Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, bertindak atas maklumat perisikan daripada Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, sepasukan anggota JKDM cawangan Natkotik telah berjaya menyita tiga buah kontena berukuran 40 kaki.

Katanya, hasil pembongkaran yang turut mendapat kerjasama dengan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menjumpai sebanyak 16 tan pil berkenaan yang dianggarkan bernilai RM5.2 bilion.

“Siasatan awal mendapati kontena-kontena tersebut tiba dari sebuah negara di timur tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

“Kejayaan ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan oleh JKDM setakat ini,” katanya ketika sidang akhbar di Bahagian Penguatkuasaan Cawangan Narkotik JKDM di Nilai di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan dan Operasi) PDRM, Deputi Komisioner Zainudin Ahmad.

Tambahnya, pihak penghantar mengikrar barang berkenaan sebagai roda castor dan menggunakan bungkusan kotak yang sama.

“Isi dalam castor itu ialah pil dan saya difahamkan setiap satu castor ini dimuatkan sebanyak 1,000 pil bernilai RM54,000.

“Maklumat yang kami terima kontena-kontena berkenaan transit di negara ini sebelum dihantar ke negara lain,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI