CANBERRA – Penduduk negeri Queensland dan News South Wales resah apabila beribu-rbu ekor tikus berkeliaran di serata tempat sehingga mengganggu kehidupan harian mereka, lapor laman berita Live Science.
Tikus dilihat di jalanan, dalam kabinet, bangsal, hotel dan ladang itu turut meninggalkan najis dan memaksa penduduk untuk membersihkannya bagi mengelak jangkitan penyakit.
Seorang petani berkata, kejadian itu lebih teruk daripada ‘serangan tikus’ dalam tempoh beberapa dekad lalui.
“Sebilangan petani yang kerugian kerana hilang hasil tuaian bijirin mereka,” katanya dalam temu ramah dengan akhbar The Guardian.
Selain itu, hotel-hotel turut ditutup kerana tikus-tikus berkeliaran di dalam bilik penginapan.
Seorang penyelidik Agensi Sains Kebangsaan Australia (CSIRO), Steve Henry memberitahu The Guardian, serangan tikus itu mungkin disebabkan oleh hasil bijirin luar biasa tahun ini yang menarilk lebih banyak tikus lapar ke ladang dan i kawasan sekitarnya.
“Tikus-tikus itu membiak lebih awal dan disebabkan ada banyak makanan dan tempat berlindung. Haiwan itu berterusan membiak dari awal musim bunga hingga musim luruh,” jelas Henry.
Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga orang telah mendapatkan rawatan di hospital akibat digigit tikus. – Agensi