fbpx
Abdul Hamid ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

Saya cabar mereka – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador mencabar individu terlibat dalam kartel Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuktikan sama ada pendedahan dilakukannya adalah salah.

Abdul Hamid menegaskan, pendedahan itu adalah memastikan rakyat mendapat hak mereka dengan perkhidmatan terbaik.

Ujar beliau, kartel yang dimaksudkan bukan kartel Columbia atau Mexico sebaliknya adalah bentuk kumpulan pegawai yang masih tidak insaf dan berfikiran takuk lama dengan cuba memperkasakan diri dengan pasukan mereka sehingga melupakan kerja hakiki dalam PDRM.

“Saya memegang amanah sebagai ketua dan sekiranya gagal saya menanggung dosa dalam menguruskan pasukan ini dengan baik.

“Budaya tidak baik dan minta pegawai-pegawai saya hentikan, putuskan mengambil duit dari bawah hingga ke atas, sampai pegawai bawah takut mengambil tindakan kerana apa? IGP nak, ini berlaku dahulu. Mereka yang masih tidak sedar dan menyatakan saya buat ini adalah salah, saya berdiri di sini dan cabar mereka apa salah dengan perbuatan saya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada telah menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) berhubung isu kartel PDRM seperti diminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Abdul Hamid turut menolak sebarang dakwaan atau khabar angin bahawa pendedahan itu merupakan taktik meminta agar tempoh perkhidmatannya disambung oleh kerajaan.

“Ini yang tular sekarang, saya cukup rasa hairan bila buat baik ada sahaja suara sumbang sebegini macam-macam katakan. Justeru, kepada mereka yang mengkritik tindakan pendedahan itu harap sedar dan muhasabah diri masing-masing khususnya yang telah bersara.

“Yang masih lagi ingin menggunakan kedudukan dan kuasa sebagai pegawai tinggi dulu dan meminta itu ini daripada pegawai saya, apabila tidak dilayan kecewa dan mula mencari salah sana sini. Saya ingin beritahu mereka, PDRM ini bukan saya punya tetapi kepunyaan negara,” tegasnya.
Mengulas lanjut, Abdul Hamid meminta maaf secara terbuka kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan menganggap ia merupakan soal dalaman dan berhak berkongsikan perkara ini kepada orang ramai.

“Saya sekadar akan menyampaikan kepada menteri ( Hamzah) tidak perlu laporan tetapi terpulang kepada menteri sama ada perkara itu untuk diangkat kepada SPP atau tidak. Saya berjumpa dalam masa terdekat dan tiada apa-apa senyap sinis daripada saya, mungkin beliau tidak tahu mengenai perkara ini.

“Ada yang suruh buat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) namun sebenarnya saya tegaskan it is under control (perkara masih dalam keadaan terkawal) saya hanya menguar-uarkan perkara ini dengan harapan semua pihak dan lain-lain pegawai mengambil iktibar daripadanya,” katanya. -K!ONLINE