fbpx

PDRM siap siaga ‘ancaman’ ekstradisi rakyat korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid (tengah) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga terhadap sebarang ancaman susulan
mengekstradisi seorang rakyat korea utara ke Amerika Syarikat.

Ini susulan kenyataan dikeluarkan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song yang memberitahu Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan itu apabila mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sentiasa berjaga-jaga daripada semua aspek terutama berhubung keselamatan.

“Kalau orang tengah marah memang akan cakap seperti itu yang akan keluar. Tetapi kita akan mengambil tindakan sekiranya berada di sini, namun mereka hendak pergi, biarlah pergi.

“Kita terima macam-macam ugutan dengan pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan sejarah menyatakan demikian. Untuk mengenakan seseorang dengan cara tidak baik akan menggunakan macam-macam cara, tetapi kita bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid menjelaskan proses kesemua pegawai dan kakitangan kedutaan negara republik itu meninggalkan negara berjalan lancar dan selamat.

“Itu adalah keputusan Korea Utara dan memang termaktub sekiranya terputus hubungan diplomatik, semua kakitangan mesti keluar dari negara. Ini bukan kehendak kita,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI