fbpx

Lari tinggalkan 670,000 batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rokok seludup yang dirampas PGA Batalion 9 selepas menahan sebuah lori di Kampung Kok Bedollah, Tumpat semalam.-Foto Ihsan PGA

TUMPAT – Seorang pemandu lori sanggup lari meninggalkan 670,000 batang rokok seludup selepas kenderaan yang dipandunya ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 di Kampung Kok Bedollah di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pihaknya mengesan lori itu ketika menjalankan rondaan rutin kira-kira pukul 6 pagi menerusi Op Beteng Covid-19 di sempadan negara bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor di sini.

Katanya, sewaktu menjalankan rondaan, sepasukan anggota PGA telah terserempak dengan sebuah lori m yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Pemandu lori tersebut bertindak memberhentikan kenderaan itu selepas menyedari kehadiran anggota PGA dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

“Anggota PGA yang terlibat cuba mengesan jejak pemandu lori itu, namun dia gagal ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Nor Azizan, pemeriksaan lanjut di dalam lori itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 670,000 batang rokok seludup.

Katanya, siasatan awal mendapati, rokok-rokok itu dibawa masuk ke dari negara jiran dengan menggunakan pangkalan haram di sekitar Pengkalan Kubor.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah lori yang digunakan suspek dianggarkan bernilai RM512,500.

“Semua barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI