fbpx

Dimensi ruang Tiguan Allspace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REKAAN hadapannya yang tampak garang.

VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) pernah melancarkan model Tiguan generasi kedua pada tahun 2017 dengan menawarkan enjin berkapasiti 1.4 liter turbo.

Model SUV dengan lima tempat duduk itu menawarkan rekaan yang menarik termasuk ruang dalaman yang lengkap dengan paparan meter kluster digital.

Sebelum itu, jika ada yang belum tahu, nama Tiguan diambil daripada gabungan Tiger dan Leguan (Iguana).

Apa yang penulis mahu ceritakan kali ini ialah berkenaan varian baharu Tiguan yang ditawarkan VPCM kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia.

Pada bulan Ogos tahun lalu, VPCM telah melancarkan rangkaian model Tiguan Allspace dengan menawarkan dua varian Tiguan Allspace Highline 1.4TSI dan Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI.

Kedua-dua varian itu dipasang di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.

TIGUAN Allspace berukuran 8.5 inci lebih panjang berbanding Tiguan lima tempat duduk terdahulu.

Tiguan Allspace merupakan versi Tiguan dengan tapak roda yang lebih panjang serta mempunyai rekaan hadapan dan belakang tersendiri.

Bahagian luarannya diserlahkan menerusi posisi bonet yang lebih tinggi bersama garisan tajam pada bonet dan bampar, sekali gus memberikannya penampilan yang lebih garang.

Apa yang menarik, Allspace menawarkan ruang dalaman yang lebih luas dengan mempunyai tiga barisan tempat duduk sekali gus menjadikannya SUV tujuh tempat duduk.

Ruang simpanan Allspace berkapasiti 700 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya. Jika tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat, SUV berkenaan memberikan ruang yang sangat luas iaitu 1,775 liter dan boleh dikategorikan terbaik dalam kelasnya.

SUV itu menggabungkan prestasi dinamik, pengalaman off-road sebenar dan mengetengahkan DNA SUV Volkswagen yang baharu, sekali gus cukup versatil serta menarik perhatian.

Berpegang teguh kepada legasi R-Line, Tiguan Allspace R-Line ialah sebuah SUV berprestasi tinggi dengan penampilan agresifnya di atas jalan biasa dan off-road diserlahkan dengan rim aloi Sebring bersaiz 19 inci. Ia juga menawarkan kuasa dan tork paling tinggi dalam kelasnya.

Keupayaannya dipertingkatkan lagi dengan sistem pacuan semua roda 4Motion.

SUV ini mampu membawa lebih ramai penumpang dengan tambahan dua kerusi pada barisan ketiga kenderaan.

Bahagian dalamannya tidak kurang menarik dengan ciri connectivity terbaik seperti Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro infotainment.

Varian Volkswagen R-Line mengambil inspirasi daripada rangkaian model berprestasi tinggi Volkswagen R. Pakej gayaan sporty yang dipasang pada varian R-Line membuatkannya kelihatan lebih sporty, pada masa sama mengekalkan nilai yang hebat.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, pasaran SUV yang kian berkembang di Malaysia menawarkan peluang terbaik kepada Tiguan Allspace.

Katanya, pasaran SUV di Malaysia telah berkembang sebanyak 65 peratus dan beliau percaya ia akan terus memacu pasaran automotif.

“Dengan penambahan dua varian Tiguan Allspace, Volkswagen akan dapat memenuhi keperluan pembeli yang berbeza apabila menawarkan mereka dengan pilihan jentera tujuh tempat duduk bersama kualiti kejuruteraan

Jerman serta prestasi yang tiada tandingan,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Tiguan pada tahun 2019 pernah mencatat rekod apabila jualannya mencapai 6 juta unit sekali gus menjadi model terlaris Volkswagen di peringkat global.

Antara fakta menarik lagi, seunit Tiguan keluar daripada saluran pengeluaran di seluruh dunia pada setiap 35 saat.

SEKIRANYA kerusi di baris ketiga dilipat, ia mampu menyediakan ruang penyimpanan berkapasiti 700 liter.

Baru-baru ini penulis telah diberi peluang oleh VPCM untuk memandu uji model Tiguan Allspace dengan varian Highline 1.4 TSI selama beberapa hari.

Sebaik mengambil SUV itu, penulis pada mulanya tidak nampak perubahan yang ketara terutamanya dari segi saiz pada pandangan luaran.

Kebetulan ada sebuah Tiguan lima tempat duduk yang parkir berhampiran, lantas baru menyedari pintu belakang Allspace lebih panjang.

Penulis juga difahamkan jarak antara roda Allspace empat inci lebih panjang berbanding varian lima tempat duduk. Secara keseluruhan, Allspace 8.5 inci lebih panjang daripada varian lima tempat duduk.

Secara logiknya, pintu belakang Allspace yang lebih panjang akan memudahkan penumpang di barisan ketiga untuk masuk dan keluar.

Ruang kargo dengan konfigurasi tempat duduk penuh bersaiz 230 liter. Kalau perlukan lebih ruang, lipatlah tempat duduk barisan ketiga.

BAHAGIAN pemandu yang agak luas dengan stereng kulit.

Dari segi rekaan, Tiguan Allspace Highline 1.4TSI dilengkapi lampu utama dan lampu belakang LED penuh serta lampu kabus di hadapan dan belakang. Rim Kingston bersaiz 18 inci menjadikan SUV ini lebih segak.

Ruang dalamannya hadir dengan penggunaan kulit Vienna dan tempat duduk elektrik untuk pemandu selain sistem pendingin hawa bersama kawalan suhu tiga zon demi keselesaan semua penumpang.

Stereng multi fungsi yang dibalut kulit dengan paddle shifter dan kawalan jauh membuatkan pemanduan Tiguan Allspace Highline lebih menyeronokkan.

Berbanding varian R-Line menggunakan enjin Golf GTi, Tiguan Highline ini menggunakan enjin 1.4 liter turbo dengan transmisi enam kelajuan DSG.

Gabungan itu mampu menjana kuasa maksimum 150PS dan tork 250Nm. Penggunaan bahan api pula sekitar 7.3 liter untuk perjalanan 100 kilometer.

Tiguan Allspace Highline dilengkapi pelbagai ciri keselamatan utama seperti enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Brake Assist (BA), brek Multi-collision, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta hill-hold control.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN