fbpx

1,671 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,671 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,671 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 331,713 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 652 kes diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 328 kes dan Sarawak sebanyak 154 kes.

“Seterusnya, Johor dengan 130 kes, Sabah (102 kes), Kuala Lumpur (78 kes), Kelantan (63 kes), Kedah (46 kes), Perak (37 kes), Terengganu (32 kes), Negeri Sembilan (25 kes) dan Melaka (18 kes).

“Terdapat masing-masing tiga kes baharu dilaporkan di Pahang dan Labuan,” katanya dalam ciapan Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, tiada kes baharu dilaporkan di Putrajaya dan Perlis hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI