fbpx

Jaga Jebat elok-elok naa – Sharnaaz ucap tahniah untuk Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz mendoakan kebahagiaan rumah tangga Nabila dan Engku Emran selain menitipkan pesanan agar menjaga Jebat Jayden dengan baik.

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak ketinggalan mengucapkan salam tahniah kepada bekas isterinya iaitu Noor Nabila yang selamat melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran pagi tadi.

Menerusi hantaran terkini dalam Instagramnya, pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu berkongsi sekeping gambar memakai baju Melayu berwarna hijau zamrud dengan lakaran muka depan seperti sebuah majalah yang mempromosikan perniagaan diusahakannya, Mamu Legacy.

“Selamat pengantin baharu Nabila dan Engku Emran. Semoga berbahagia ke anak cucu.

“Jaga Jebat elok-elok naa,” tulisnya ringkas.

Perkongsian Sharnaaz kemudian mendapat perhatian pengikutnya yang turut mendoakan semoga suatu hari nanti pelakon itu juga akan bertemu pendamping terbaik dalam hidupnya.

Malah tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa sedih atas ucapan ringkas Sharnaaz yang menyelitkan titipan agar Nabila dan suami baharunya dapat menjaga anak lelaki mereka, Jebat Jayden dengan baik.

Pagi tadi, Nabila selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah masjid di ibu kota.

Sejak semalam, desas-desus mengenai pernikahan pasangan itu hangat diperkatakan ramai.

Sebelum ini, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada Julai tahun lalu.

Sementara Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu dengan aktres Erra Fazira pada 27 Oktober 2007 dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017, namun kedua-dua perkahwinannya bertemu kegagalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI