fbpx

Disangka bertunang, rupanya Farawahida bernikah kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farawahida mengesahkan sudah berkahwin dengan pilihan hatinya.

PETALING JAYA- Dalam diam penyanyi Farawahida telah selamat bernikah buat kali kedua dengan lelaki pilihannya di sebuah masjid di Taiping, Perak hari ini. Berita gembira tersebut dikongsi penyanyi itu sendiri menerusi akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah, hari ini saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz . Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagiaan ini sampai ke Jannah. Amin,” tulisnya.

Terdahulu Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 36, mengejutkan banyak pihak apabila memuat naik sekeping gambar majlis pertunangan di akaun media sosialnya pada pagi Jumaat dengan kapsyen ringkas: “Tunang.”

Disebabkan gambar tersebut ramai yang membuat andaian, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu melangsungkan majlis pertunangan. Malah, menerusi gambar berkenaan Farawahida dilihat mengenakan pakaian sedondon bersama seorang lelaki duduk di pelamin.

Sebelum ini Farawahida pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd. Zain pada 16 Disember 2013. Namun, sejak 2017 terdapat khabar angin yang mendakwa dia telah bercerai selepas dilihat tidak lagi memuat naik sebarang gambar dengan Abdul Shukor.

Farawahida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan tidak pernah mendedahkan perkahwinannya bersama Abdul Shukor telah berakhir. Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN