fbpx

1,576 kes baharu, 1,996 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,576 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 330,042 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 11 kes import manakala, sebanyak 1,565 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 14,360 kes.

“Terdapat dua lagi kematian baharu menjadikan sebanyak 1,225 kes kematian Covid-19 di Malaysia.

“Kes sembuh mencatatkan 1,996 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 314,457 kes,” katanya menerusi ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 151 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan sebanyak 57 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI