fbpx

NuMee Keluarga lebih jimat dihasilkan untuk keluarga yang lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berikutan kejayaan NuMee, produk mi kuning yang dipasteur pada Mei 2019, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) telah melancarkan NuMee Keluarga pada harga le­bih jimat.

NuMee Keluarga dihasilkan khusus buat keluarga yang lebih besar, dengan setiap pek me­ngandungi 900 gram mi kuning dan cukup untuk dihidangkan kepada enam hingga sembilan orang dewasa.

Dijual pada harga RM2.50 sepeket, ia juga merupakan pilihan sesuai bagi pengusaha katering serta restoran.

Pengurus Pemasaran NuMee Gardenia, Ena Suhaila Abas berkata, situasi pandemik telah memberi kesan kepada banyak keluarga dan pastinya ramai yang mahu berjimat tetapi mahukan produk pada harga berpatutan.

“NuMee Keluarga (900g) diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dan tidak dipasteur, tanpa pewarna dan lebih kenyal.

“Gardenia sangat komited dalam menjaga kualiti kesegaran produk dan NuMee Keluarga merupakan satu pilihan yang tepat untuk keluarga B40,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Sempena pelancaran produk baharu itu, Gardenia telah mengedarkan mi goreng di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan Flat Desa Rejang, Setapak yang merupakan sebahagian daripada kempen CSR Gardenia yang dikenali sebagai #NuMeeCares.

Gardenia turut bekerjasama dengan TukTuk Catering untuk menyajikan keenakan NuMee Keluarga melalui perkhidmatan pesanan makanan menerusi kedai dalam talian mereka.

Kerjasama yang berlangsung selama enam bulan itu turut menampilkan peraduan yang cukup menarik iaitu pelanggan berpeluang untuk menerima hidangan mi secara percuma dan ia akan dihantar terus ke rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI