fbpx

Aduan diterima MAVCOM berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima sebanyak 428 aduan sepanjang tempoh setengah tahun kedua 2020, pengurangan 45.3 peratus berbanding 783 aduan yang diterima sepanjang tempoh sama tahun 2019.

98.3 peratus daripada aduan diterima telah berjaya diselesaikan dan ditutup.

MAVCOM berkata, 59 peratus daripada aduan yang diterima telah mengakibatkan syarikat penerbangan menarik balik keputusan asal mereka dan memberikan resolusi yang lebih adil serta memuaskan kepada pengguna. 

Ia kenaikan lapan peratus berbanding dengan tempoh 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019.

“Berbanding syarikat penerbangan lain, AirAsia telah mencatatkan jumlah aduan tertinggi sebanyak 196, diikuti oleh Malaysia Airlines (105) dan AirAsia X (57). 

“Tiga kategori aduan teratas bagi syarikat penerbangan adalah proses pembayaran balik, pembatalan penerbangan dan penjadualan semula penerbangan yang mewakili 62.8 peratus daripada keseluruhan jumlah aduan. 

“Bagi lapangan terbang pula, kebanyakan daripada aduan yang diterima adalah berkaitan dengan kemudahan dan keselamatan di lapangan terbang,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini semalam sempena penerbitan Laporan Pengguna Ke-9 MAVCOM bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa pemulihan sektor penerbangan negara kepada paras sebelum pandemik akan memakan masa. 

“Walaupun terdapat prospek untuk melanjutkan perjalanan udara pada masa yang akan datang, MAVCOM berharap dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pemain industri untuk memastikan hak pengguna penerbangan terus dilindungi,” katanya.

Laporan berkenaan boleh didapati di laman web MAVCOM, www.mavcom.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI