fbpx

PM terus rayu rakyat daftar vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin menunjukkan kad vaksinasi Covid-19 selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18, di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya segera mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 kerana ia penting bagi membantu memulihkan kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, setakat hari ini, lebih 5.6 juta rakyat Malaysia sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera dan lebih 300,000 barisan hadapan sudah menerima suntikan dos pertama vaksin.

“Lebih cepat dapat suntikan lebih terjamin kesihatan kita dan mungkin dengan cara itu, kita dapat turunkan kes Covid-19 dengan lebih pantas sekali gus membantu memulihkan kehidupan kita seperti sedia kala.

“Saya mohon kepada semua supaya segera daftar dan tunggu giliran anda,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Presint 18, di sini hari ini.

Turut melengkapkan dos kedua suntikan bersama Muhyiddin ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan empat petugas kesihatan yang bertugas di Putrajaya.

Katanya, selepas selesai menerima suntikan kedua hari ini, beliau diberikan kad vaksinasi pintar yang mana ia sebagai tanda mengesahkan beliau sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Muhyiddin berkata, kad vaksinasi pintar itu boleh diimbas oleh anggota keselamatan dan ia akan tertera maklumat bahawa anda selesai melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

“Alhamdulillah, saya tidak rasa apa-apa yang luar biasa. Jadi, saya yakin bahawa suntikan kedua ini akan menambahkan lagi antibodi dalam badan saya bagi menghadapi jangkitan Covid-19.

“Jangan bimbang, tak rasa sakit apa pun. Setakat hari ini, keadaan saya masih lagi sihat seperti biasa,” katanya.

Muhyiddin dan Noor Hisham serta empat petugas kesihatan berkenaan adalah enam individu pertama menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 selepas menerima suntikan dos pertama pada 24 Februari lalu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI