fbpx

Kontraktor dipukul selepas langgar dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang kontraktor dibelasah lima lelaki selepas terlanggar dua buah kereta di tepi jalan Dato Shahbudin 3, Taman Sentosa di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa berusia 30 tahun cedera di bahagian muka dan badan serta masih dirawat di Hospital Pantai di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian didakwa berlaku apabila mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi telah melanggar dua buah kereta jenis Perodua Bezza dan Proton Saga yang diletakkan di bahu jalan tersebut.

Katanya, sejurus itu lima lelaki yang merupakan pemilik kereta dan penghuni rumah di kawasan berhampiran telah memukul mangsa.

“Bertindak hasil maklumat, kelima-lima suspek berusia 22 hingga 29 tahun berjaya ditahan polis pukul 1 pagi, kelmarin.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan punca kejadian berpunca tidak berpuas hati kerana mangsa dikatakan tidak mahu bertanggungjawab di atas kerosakan kereta yang dilanggar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Shamsul Amar, kesemua suspek kini direman enam hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh mendatangkan kecederaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN