fbpx
Sajat

Kalau betul perempuan, buktikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Usahawan kos­metik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, diminta menyerah diri sekali gus membuktikan dakwaan dirinya seorang perempuan.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini kerana setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang dokumen daripada Sajat yang membuktikan jantinanya.

“Dia kata dia perempuan, datanglah, kita hendak bantu dan sahkan dia betul-betul perem­puan.

“Kita sediakan doktor kerana hanya doktor sahaja boleh menentukan dakwaannya itu, jadi sila datang. Malah, menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga boleh menentukan jantina seseorang. Tidak boleh tipu punya.

“Setakat ini, tiada langsung dokumen diserahkan pihak Muhammad Sajjad membuktikan dia perempuan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

MAIS mahu Sajat serah diri, sedia bantu usahawan kontroversi buktikan jantina.

Menurut Abdul Aziz, pihaknya ingin membantu Muhammad Saj­jad dan usahawan itu tidak perlu memburukkan pegawai MAIS dan Jabatan Agama Islam Sela­ngor (JAIS) menerusi laman sosial.

“Dalam undang-undang, kita hendak selamatkan dan tidak mahu disebabkan ini keluar daripada Islam dan sebagainya, itu pun satu niat tidak betul.

“Bukan kita hendak terus tangkap dan campak masuk dalam lokap, kurung. Kita ada peraturan dan undang-undang,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa agak sukar menangkap Muhammad Sajjad walaupun usahawan itu telah secara terang membuat ‘live’ menerusi laman Instagramnya, beliau menegaskan, ada kalanya perkara itu tidak boleh dikesan terutama yang berdaftar di luar negara.

“Kadang-kadang, rakannya yang membuat naik posting itu. Lagipun, bukan senang hendak tangkap orang ini jika dia tidak menggunakan telefon bimbit.

“Kita hendak bantu dia sebab itu berusaha mencari dan tangkap dia. Namun sehingga kini nampaknya belum berjaya lagi,” jelasnya.

Pada 23 Februari lalu, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mohammad Khalid Shaee@Shaii mengeluarkan wa­ran tangkap kepada Sajat selepas dia gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN