fbpx

Joshua, Fury setuju bertarung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FURY (kiri) dan Joshua bersetuju untuk berentap dalam dua pertarungan untuk merebut gelaran heavyweight tahun ini. – AFP

LONDON – Jaguh tinju sensasi Britain, Anthony Joshua akhir­nya akan berdepan Tyson Fury selepas masing-masing bersetuju untuk bertarung untuk me­rebut gelaran heavyweight dunia yang bakal berlangsung tahun ini.

Pertembungan tersebut akan berlangsung dalam dua perlawanan, namun lokasi dan tarikh perlawanan kedua-dua jaguh tinju Britain itu masih belum diputuskan.

Perlawanan tersebut bakal menjadi pertarungan mewah apabila masing-masing dijangka menerima £100 juta (RM571.67 juta) dan hadiah kemenangan dibahagi sama rata pada pertarungan pertama.

Pada perlawanan kedua nanti wang kemenangan akan diberikan secara 60-40 dan juara akan menerima jumlah wang kemenangan terbanyak.

“Selepas beberapa kali me­lakukan perbincangan akhirnya kami mendapat kata putus daripada kedua-dua petinju. Perkara paling sukar adalah ingin mendapatkan persetujuan daripada semua pihak.

“Keputusan perlawanan ini adalah persetujuan semua pihak. Dalam tempoh terdekat, kami akan memutuskan tempat perlawanan dan keputusan akan diketahui selewat-lewatnya bulan depan.

“Ia adalah perlawanan terbesar dalam sukan tinju dan menjadi tumpuan di seluruh dunia,” kata promoter perlawanan, ­Eddie Hearn semalam.

Arab Saudi dijangka menjadi lokasi perlawanan tersebut dan Joshua dianggap sebagai pilihan kerana pernah memenangi perlawanan ulangan ke atas Andy Ruiz Jr. dan turut mempertahankan gelarannya ketika menentang Kubrat Puley di London pada Di­sember lalu.

Fury kini sedang melakukan persiapan kerana lebih setahun tidak turun ke gelanggang selepas kali terakhir berjaya menumbangkan Deontay Wilder pada Februari 2020 untuk menjulang gelaran WBC. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI