fbpx

Cedera buku lali dapat cuti 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAN

GARA-gara mengalami kecederaan pada bahagian buku lali, penyanyi Chan dinasihatkan berehat dan tidak terlibat sebarang aktiviti persembahan atau promosi bersama kumpulannya, A.C.E.

Chan mengalami kecederaan tersebut ketika sesi latihan pada 28 Februari lalu sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Pemeriksaan doktor mendapati, dia mengalami kecederaan ligamen pada bahagian buku lali.

“Doktor menasihatkannya supaya merawat kecederaan dialami dan mengelak daripada melakukan aktiviti lasak selama dua minggu.

“Sekarang Chan masih dalam proses pemulihan dan masih menerima rawatan susulan sehinggalah disahkan pulih sepenuhnya kelak,” ujar agensi BEAT Interactive.

Disebabkan masih belum pulih dan sedang menerima rawatan, Chan juga tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti bersama A.C.E.

“Kami mohon maaf kerana membuatkan peminat bimbang dengan berita mengejut ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI