fbpx

#Oscars: ‘Black Panther’ tercalon Pelakon Lelaki Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHADWICK BOSEMAN

CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT – Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Barangkali pepatah itu sesuai menggambarkan impak ditinggalkan pelakon yang popular dengan karakter adiwira Black Panther, mendiang Chadwick Boseman apabila menerima pencalonan pertama dalam Academy Awards menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

BIARPUN sudah tiada di dunia, Boseman terus diingati apabila buat pertama kali menerima pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik hasil lakonan berkesan dalam filem Ma Rainey’s Black Bottom.

Boseman menerima pencalonan tersebut hasil lakonan berkesan ketika hayatnya masih ada dalam filem Ma Rainey’s Black Bottom. Memberi tentangan kepada pelakon kulit hitam itu dalam kategori berkenaan ialah empat pelakon lain, Riz Ahmed (Sound of Metal), Anthony Hopkins (The Father), Gary Oldman (Mank) dan Steven Yeun (Minari)

Academy Awards ke-93 akan menyaksikan saingan hebat lapan filem untuk kategori Filem Terbaik iaitu The Father, Judas and the Black Messiah, Mank, Minari, Nomadland, Promising Young Woman, Sound of Metal dan The Trial of the Chicago 7.

Filem terbitan Netflix, Mank menerima pencalonan terbanyak edisi kali ini termasuk Pengarah Terbaik (David Fincher), Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Amanda Seyfried).

Dalam pada itu, selepas Parasite yang diangkat sebagai Filem Terbaik tahun lalu, industri perfileman Korea Selatan sekali lagi ‘menggoncang’ Hollywood apabila filem yang berkisarkan budaya negara tersebut, Minari menerima enam pencalonan.

MENGIKUT jejak langkah Parasite, filem yang menceritakan budaya Korea Selatan, Minari sekali lagi menjadi antara karya mengungguli senarai pencalonan Academy Awards tahun ini.

Minari menerima pencalonan dalam kategori Filem Terbaik, Pelakon Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Skor Original Terbaik.

Semalam, pihak Academy mendedahkan senarai pencalonan Oscar selepas ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19. Acara berprestij tersebut dijadualkan berlangsung pada Isnin, 26 April 2021 nati (waktu Malaysia) mengikut norma baharu iaitu tanpa penonton. – K! ONLINE

Senarai pencalonan utama Academy Awards ke-93:

Filem Terbaik
The Father
Judas and the Black Messiah
Mank
Minari
Nomadland
Promising Young Woman
Sound of Metal
The Trial of the Chicago 7

Pengarah Terbaik
Thomas Vinterberg (Another Round)
David Fincher (Mank)
Lee Isaac Chung (Minari)
Chloé Zhao (Nomadland)
Emerald Fennell (Promising Young Woman)

Pelakon Lelaki Terbaik
Riz Ahmed (Sound of Metal)
Chadwick Boseman (Ma Rainey’s Black Bottom)
Anthony Hopkins (The Father)
Gary Oldman (Mank)
Steven Yeun (Minari)

Pelakon Wanita Terbaik
Viola Davis (Ma Rainey’s Black Bottom)
Andra Day (The United States v. Billie Holiday)
Vanessa Kirby (Pieces of a Woman)
Frances McDormand (Nomadland)
Carey Mulligan (Promising Young Woman)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Sacha Baron Cohen (The Trial of the Chicago 7)
Daniel Kaluuya (Judas and the Black Messiah)
Leslie Odom Jr. (One Night in Miami)
Paul Raci (Sound of Metal)
Lakeith Stanfield (Judas and the Black Messiah)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Maria Bakalova (Borat Subsequent Moviefilm)
Glenn Close (Hillbilly Elegy)
Olivia Colman (The Father)
Amanda Seyfried (Mank)
Yuh-jung Youn (Minari)

Filem Animasi Terbaik
Onward (Pixar)
Over the Moon (Netflix)
A Shaun the Sheep Movie: Farmageddon (Netflix)
Soul (Pixar)
Wolfwalkers (Apple TV Plus/GKIDS)

Lagu Original Terbaik
Fight for You (Judas and the Black Messiah)
Hear My Voice (The Trial of the Chicago 7)
Húsavík (Eurovision Song Contest)
Io Si (Seen) (The Life Ahead).
Speak Now (One Night in Miami)

Skor Original Terbaik
Da 5 Bloods, Terence Blanchard
Mank, Trent Reznor, Atticus Ross
Minari, Emile Mosseri
News of the World, James Newton Howard
Soul, Trent Reznor, Atticus Ross, Jon Batiste

Sinematografi Terbaik
Judas and the Black Messiah, Sean Bobbitt
Mank, Erik Messerschmidt
News of the World, Dariusz Wolski
Nomadland, Joshua James Richards
The Trial of the Chicago 7, Phedon Papamichael

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI