fbpx

MEDAC sasar peningkatan 5 peratus KDNK dari sektor koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan menyasarkan peningkatan sebanyak lima peratus sumbangan sektor koperasi tempatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025 berdasarkan kepada Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKom) yang bakal dilancarkan 30 Mac nanti.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeriannya juga turut mengunjurkan pendapatan sektor koperasi meningkat kepada RM60 bilion berbanding RM40 bilion ketika ini.

“Sektor koperasi mempunyai potensi besar dalam sumbangan KDNK negara serta menjadi agenda dalam pembangunan golongan B40 dan golongan sasar yang lain. Ketika ini, sektor koperasi hanya menyumbang sekitar tiga ke empat peratus kepada KDNK dan angka ini akan terus dipertingkatkan tahun ke tahun.

“Kerajaan turut menyasarkan pendapatan sektor ini akan melonjak kepada RM100 bilion menjelang 2030, seiring dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030,” katanya dalam satu taklimat khas media di Menara Bank Rakyat hari ini.

Tambah Wan Junaidi, antara agenda utama transformasi koperasi ini adalah pembangunan sektor koperasi agar menjadi medium dalam meningkatkan rantaian nilai ekonomi terutamanya kepada golongan sasar.

Beliau berkata, TransKom akan membantu meningkatkan tahap sosioekonomi dan kesejahteraan anggota koperasi, mengoptimumkan Kumpulan Wang Koperasi serta memudahkan pengawal seliaan termasuk dasar dan perundangan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI