fbpx

UniKL Ladies berpesta gol 17-0 dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN-PEMAIN UniKL Ladies meraikan kejayaan mengutip tiga mata dengan menewaskan Mutiara Juniors pada aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Ladies tidak mengambil masa lama untuk membuktikan status selaku pilihan utama untuk menjuarai saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita musim ini.

Ia selepas UniKL Ladies berpesta gol membelasah Mutiara Juniors PSHA 17-0 pada aksi pembuka tirai saingan MHL Wanita yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan bergaya itu merupakan amaran awal daripada UniKL Ladies buat dua lagi pencabar utama, PKS Uniten-KPT serta PDRM Blue Warriors selain dua lagi pasukan bertanding musim ini, Sabah dan Young Tigress.

UniKL Ladies memanfaatkan kelebihan selepas diperkuatkan dengan kehadiran tujuh pemain skuad kebangsaan yang menyaksikan Nuraini Abdul Rashid dan Hanis Nadiah Onn berjaya meledak hatrik dalam perlawanan itu.

“Tiga mata dan jaringan besar ini kelebihan buat kami untuk memburu kemenangan liga musim ini. Walaupun saya menyasarkan gelaran penjaring terbanyak tetapi kemenangan pasukan lebih diutamakan,” kata Hanis Nadiah selepas tamat perlawanan.

Selain itu, lima pemain UniKL Ladies iaitu Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail, Nuramirah Syakirah Zulkifli, Siti Azlinda Atan, Nur Atira Mohamad Ismail dan Nur Afiqah Syahzani Azhar masing-masing berjaya meledak dua gol dalam aksi tersebut

Turut mencipta nama selaku penjaring adalah Norazlin Sumantri yang berjaya meledak satu gol melengkapkan pesta 17 jaringan buat skuad bimbingan Roslan Jamaluddin itu.

Ia adalah kemenangan terbesar dalam sejarah UniKL Ladies yang membuat penampilan kali pertama bagi saingan MHL Wanita dengan sasaran memburu salah satu daripada dua trofi musim ini termasuk gelaran liga dan Piala Vivian May Soars. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI